ad
AGENDA

Aliran trafik lebuh raya utama sesak, warga kota balik kampung

6 Jun 2025, 7:04 PM
Aliran trafik lebuh raya utama sesak, warga kota balik kampung

KUALA LUMPUR, 6 JUN: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan sesak dan perlahan setakat 5 petang ini susulan pertambahan kenderaan warga kota yang keluar untuk menyambut Aidiladha di kampung halaman masing-masing.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia memaklumkan aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) meningkat dari arah timur di Gombak ke Genting Sempah.

Di Lebuhraya Utara Selatan (Plus), laluan E2 trafik juga dilaporkan perlahan dari arah utara di Pasir Gudang ke Dato’ Onn serta Senai Utara ke Sedenak dan keadaan sama turut dilaporkan berlaku bagi laluan arah selatan dari Universiti Putra Malaysia ke Nilai Utara, Nilai ke Bandar Ainsdale dan Seremban menuju Pedas Linggi.

“Trafik turut sesak di Lebuhraya Plus laluan E1 di arah utara dari Bukit Lanjan ke Rawang Selatan, Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Lembah Beringin dan dari Juru menuju Perai manakala PLUS E1 arah selatan, keadaan yang sama juga berlaku dari Juru Auto City ke Plaza Tol Juru,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata keadaan trafik masih lancar serta terkawal Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 di kedua-dua arah.

“Namun kesesakan dilaporkan berlaku di Lebuhraya Sungai Besi, oleh itu satu laluan tidal selepas Plaza Tol Mines Selatan ke UPM/Putrajaya telah diaktifkan dari 4 petang hingga 8 malam ini,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.