ad
AGENDA

SAP dilancar: Selangor sasar 73 peratus pegangan industri aeroangkasa

5 Jun 2025, 6:37 PM
SAP dilancar: Selangor sasar 73 peratus pegangan industri aeroangkasa
SAP dilancar: Selangor sasar 73 peratus pegangan industri aeroangkasa
SAP dilancar: Selangor sasar 73 peratus pegangan industri aeroangkasa

Oleh Yasmin Ramlan

SEPANG, 5 JUN: Selangor diyakini mampu menguasai sehingga 73 peratus aktiviti ekonomi aeroangkasa Malaysia menjelang akhir dekad ini, menurut Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Menyumbang sebanyak 68 peratus kepada keluaran aeroangkasa negara setakat ini, beliau berkata Taman Aero Selangor (SAP) hanyalah “permulaan kepada sesuatu yang cukup istimewa”.

“Menjelang akhir dekad ini, saya yakin kita akan melepasi 70 peratus, ke arah 72 hingga 73 peratus,” katanya berucap pada majlis pelancaran dan pecah tanah SAP di KLIA Aeropolis, hari ini.

“Kelahiran SAP akan menarik lebih banyak minat syarikat gergasi global untuk berpindah ke Selangor, daripada pengeluar pesawat seperti Airbus dan Boeing.

[caption id="attachment_704413" align="aligncenter" width="789"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) bercakap kepada media pada Majlis Pelancaran Selangor Aero Park @KLIA Aeropolis di Selangor Aero Park, Sepang pada 5 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

"(Ia) sehinggalah kepada syarikat yang terlibat dalam keseluruhan rantaian bekalan seperti logam, plastik, komposit, elektronik, teknologi maklumat serta perkhidmatan profesional dan teknikal."

Dalam majlis itu, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI mencatat pencapaian penting dalam industri aeroangkasa Malaysia dengan pecah tanah SAP.

Taman itu bakal menarik pelaburan berdampak tinggi dalam rantaian aeroangkasa, termasuk kejuruteraan, pembuatan dan perkhidmatan logistik bersepadu.

Pada masa sama, Amirudin menjangka SAP bakal menjana lebih 20,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi, sekali gus mencapai matlamat mewujudkan 100,000 pekerjaan akhir penggal ini.

[caption id="attachment_704415" align="aligncenter" width="812"] Menteri Pengangkutan Antony Loke Siew Fook bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melawat tapak Selangor Aero Park pada Majlis Pelancaran Selangor Aero Park @KLIA Aeropolis di Selangor Aero Park, Sepang pada 5 Jun 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kita memulakan usaha ini di Selangor menerusi kerjasama yang dijalinkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC) dengan syarikat seperti GE Aviation,” katanya.

SAP merupakan aspirasi Pelan Induk Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak RM55.2 bilion dalam sektor aeroangkasa.

Meliputi kawasan seluas kira-kira 600 ekar dalam KLIA Aeropolis, taman tersebut mempunyai potensi nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2.3 bilion.

Lokasinya juga mendapat manfaat daripada sambungan mudah ke Pelabuhan Klang, sekali gus mengukuhkan lagi cadangan logistik pelbagai mod.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.