AGENSI

Jualan murah sempena Aidiladha di enam lokasi mulai hari ini

3 Jun 2025, 9:03 AM
Jualan murah sempena Aidiladha di enam lokasi mulai hari ini
Jualan murah sempena Aidiladha di enam lokasi mulai hari ini
Jualan murah sempena Aidiladha di enam lokasi mulai hari ini

SHAH ALAM, 3 JUN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) mega sempena Aidiladha anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) berlangsung di enam lokasi pada Selasa dan Rabu ini.

Inisiatif jualan murah untuk meringankan beban menyambut perayaan menawarkan ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Turut dijual produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12). Berikut lokasi JER mega pada 3 dan 4 Jun ini:

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.