AGENDA

Sebuah rumah, tiga kenderaan musnah terbakar

2 Jun 2025, 9:25 PM
Sebuah rumah, tiga kenderaan musnah terbakar

KUALA NERUS, 2 JUN: Sebuah rumah dan tiga kenderaan musnah dalam kebakaran di Kampung Teluk Ketapang di sini hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi II Mohd Shahril Abd Halim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 6.31 petang dan seramai 15 anggota beserta dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) telah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian menyebabkan sebuah rumah separuh kekal musnah seratus peratus, sebuah kereta Citroen terbakar 50 peratus serta dua motosikal jenis Honda Wave dan Honda C70 juga musnah 100 peratus.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berwaspada ketika melakukan sebarang aktiviti di rumah yang boleh mencetuskan kebakaran memandangkan keadaan cuaca panas ketika ini.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.