ad
AGENDA

Agong berkenan adakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan

2 Jun 2025, 4:37 PM
Agong berkenan adakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 2 JUN: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah akan mengadakan Kembara Diraja ke seluruh Wilayah Persekutuan.

Sultan Ibrahim bertitah kembara itu akan membolehkan Seri Paduka Baginda melihat sendiri kehidupan rakyat dan mengagihkan duit zakat kepada orang miskin dan asnaf yang lapan.

Seri Paduka Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena dengan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara, di sini hari ini.

Turut berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta barisan Menteri Kabinet.

Sebelum ini, Sultan Ibrahim sinonim dengan Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang diilhamkan Seri Paduka Baginda pada 2001 ketika menjadi Tunku Mahkota Johor.

KMJ ialah cara keluarga Diraja Johor mencemar duli bertemu rakyat dengan mengetepikan soal protokol yang ketat, bertujuan menyelami denyut nadi rakyat jelata dan merupakan satu daripada acara utama tahunan di negeri itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.