AGENDA

MB sembah tahniah Hari Keputeraan Agong

2 Jun 2025, 12:55 PM
MB sembah tahniah Hari Keputeraan Agong

SHAH ALAM, 2 JUN: Dato’ Menteri Besar merafak sembah menzahirkan ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook berkata beliau mewakili Kerajaan Selangor mendoakan Baginda dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Patik mendoakan semoga Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah SWT, dilanjutkan usia dalam kesihatan serta kesejahteraan.

“Semoga Seri Paduka Baginda kekal qarar bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kedaulatan dan kebesaran. Dirgahayu Tuanku,” katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.