ad
AGENSI

Kartun medium perpaduan, festival di Pustaka Raja Tun Uda tampil acara menarik

29 Mei 2025, 5:53 PM
Kartun medium perpaduan, festival di Pustaka Raja Tun Uda tampil acara menarik
Kartun medium perpaduan, festival di Pustaka Raja Tun Uda tampil acara menarik
Kartun medium perpaduan, festival di Pustaka Raja Tun Uda tampil acara menarik
Kartun medium perpaduan, festival di Pustaka Raja Tun Uda tampil acara menarik

Oleh Muhammad Rey Hazriell

SHAH ALAM, 29 MEI: Lebih 300 peserta pelbagai kaum dan peringkat usia bakal memeriahkan Festival Kartun Perpaduan Selangor yang dijadual berlangsung di Pustaka Raja Tun Uda, di sini pada 4 Jun ini.

Penyelarasnya Shamsaimun Ezil berkata festival berkenaan bertujuan menyemai nilai perpaduan menerusi seni visual kartun sebagai medium utama kerana ia dekat dengan masyarakat merentasi generasi dan latar belakang.

[caption id="attachment_703348" align="aligncenter" width="806"] Penyelaras Artis Festival Kartun Perpaduan Shamsaimun Ezil ketika ditemu bual di Pejabat Media Selangor, Shah Alam pada 29 Mei 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

“Rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dalam talian, jadi kalau tidak dibentuk dengan betul, ia boleh jejaskan cara kita berfikir sebagai satu masyarakat dan generasi akan datang,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau juga yakin pendekatan santai dan kreatif melalui kartun akan memberi ruang kepada generasi muda untuk lebih memahami serta menghargai kepentingan perpaduan.

“Kalau boleh, saya mahu festival ini dapat memberi input kepada mereka yang menyertai, tidak kira input itu satu atau lebih,” katanya lagi.

Festival anjuran Persatuan Seni Sketsa Selangor (Saksama) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Perpustakaan Awam Selangor bakal dirasmikan Ahli Dewan Negeri Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

Acara yang terbuka kepada orang ramai secara percuma ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya:

  • bengkel melukis kartun
  • pertandingan melukis dan mewarna
  • kanvas terbuka untuk pengunjung
  • sesi bersama Zunar dan Datuk Imuda
  • demonstrasi melukis kartun bertema perpaduan
  • demonstrasi langsung oleh kartunis mistik yang melukis bertemakan alam ghaib
  • pertunjukan wayang kulit
  • lelongan karya seni

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.