ad
AGENDA

Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan 32 individu

29 Mei 2025, 2:07 PM
Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan 32 individu
Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan 32 individu
Sultan Selangor berkenan kurnia watikah pelantikan 32 individu

SHAH ALAM, 29 MEI : Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 32 individu menerusi satu istiadat yang diadakan di Istana Bukit Kayangan di sini hari ini.

Mendahului menerima watikah adalah mantan Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Ir Cheremi Tarman yang dilantik Orang Besar Daerah Gombak.

Menerusi majlis sama, Sultan Selangor turut berkenan menyerahkan watikah pelantikan kepada Sofian Ahmad sebagai Ketua Pendakwa Syarie dan Nenney Shuhaidah Shamsuddin (Hakim Mahkamah Tinggi Syariah).

Majlis tersebut turut menyaksikan pelantikan empat individu sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah iaitu Norsalwa Abdullah Thani, Nur Fattah Ahmed, Muhammad Jimmy Muhammad Azlin dan Rohaizad Redzuan.

Manakala, seorang individu dilantik sebagai Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah diikuti lapan selaku Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah dan tiga individu Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.

[caption id="attachment_703267" align="aligncenter" width="1101"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyerahkan watikah pelantikan kepada Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir sebagai Pendaftar Wali Raja ketika Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor di Istana Bukit Kayangan pada 29 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Selain itu, 11 individu lagi menerima watikah pelantikan sebagai Pendaftar Wali Raja di bawah Subseksyen 28 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).

Antara 11 individu tersebut termasuk Dato’ Setia Utama Diraja Mufti Selangor Dato’ Setia Dr Anhar Opir dan dua individu sebagai pendaftar kanan.

Pelantikan Ketua Pendakwa Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah dibuat selaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (EPAINS 2003).

Manakala, Pendaftar Wali Raja dan Pendaftar Kanan dibuat selaras dengan peruntukan Subseksyen 28(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Terdahulu, turut hadir pada istiadat tersebut adalah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari; EXCO Hal Ehwal Agama Islam Dr Fahmi Ngah dan Pengerusi Majis Agama Islam Selangor Dato' Setia Salehuddin Saidin.

[caption id="attachment_703266" align="aligncenter" width="1202"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menyerahkan watikah pelantikan kepada Sofian Ahmad sebagai Ketua Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor ketika Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor di Istana Bukit Kayangan pada 29 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.