ad
AGENDA

PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan lanjut diumum kemudian

28 Mei 2025, 9:12 PM
PM lulus permohonan cuti Rafizi, Nik Nazmi, keputusan lanjut diumum kemudian

KUALA LUMPUR, 28 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menerima surat permohonan cuti dan pengunduran sebagai anggota Kabinet daripada Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli serta Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan malam ini memaklumkan setelah meneliti perkara itu, Anwar bersetuju meluluskan permohonan cuti mereka.

"Sebarang keputusan lanjut terkait perkara ini akan dimaklumkan kemudian oleh perdana menteri," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Rafizi dan Nik Nazmi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing berkuat kuasa 17 Jun dan 4 Julai depan.

Kedua-dua menteri sebelum ini tewas pada Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025 minggu lalu.

Rafizi gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar manakala Nik Nazmi tewas pada pemilihan bagi jawatan naib presiden.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.