ad
AGENSI

Yayasan MBI bantu mangsa kebakaran, peruntuk RM1 juta setahun untuk bencana

28 Mei 2025, 8:00 PM
Yayasan MBI bantu mangsa kebakaran, peruntuk RM1 juta setahun untuk bencana
Yayasan MBI bantu mangsa kebakaran, peruntuk RM1 juta setahun untuk bencana
Yayasan MBI bantu mangsa kebakaran, peruntuk RM1 juta setahun untuk bencana
Yayasan MBI bantu mangsa kebakaran, peruntuk RM1 juta setahun untuk bencana

KLANG, 28 MEI: Enam keluarga mangsa kebakaran di Pangsapuri Taman Kem, Pelabuhan Klang menerima bantuan keseluruhan RM18,000 bagi membantu meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan RM3,000 setiap keluarga itu diharap dapat membantu menampung keperluan harian mereka.

“Setiap keluarga menerima sumbangan ehsan bencana RM3,000. Yayasan MBI memperuntukkan RM1 juta setahun bagi bantuan bencana termasuklah ribut, kebakaran dan banjir.

[caption id="attachment_703177" align="alignleft" width="529"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Yayasan MBI kepada mangsa kebakaran Pangsapuri Taman Kem di Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang pada 28 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Kalau mereka perlu bantuan pendidikan terutama anak-anak yang bersekolah atau belajar di universiti, perlukan komputer riba atau sara hidup kita juga boleh bantu,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan di sini, hari ini.

Sementara itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata bantuan yang disalurkan Yayasan MBI itu sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kewangan mangsa.

“Mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) yang berkemampuan membantu kita alu-alukan melalui pusat khidmat masyarakat supaya bantuan sampai kepada mangsa yang betul,” katanya.

[caption id="attachment_703178" align="alignright" width="566"] Penerima Anisha Packyavati Abdullah, 59, ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Yayasan MBI kepada mangsa kebakaran Pangsapuri Taman Kem di Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang pada 28 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, penerima Anisha Packyavati Abdullah, 59, berkata rumahnya yang musnah dalam kebakaran itu dijangka mengambil masa tiga bulan untuk dibaiki.

“Tak sangka dapat bantuan, alhamdullilah. Boleh bantu kewangan buat masa ini dan boleh guna untuk bantu ubah suai rumah,” katanya.

[caption id="attachment_703179" align="alignleft" width="520"] Penerima, P Saradha, 65, ditemui pada majlis penyerahan sumbangan Yayasan MBI kepada mangsa kebakaran Pangsapuri Taman Kem di Pusat Khidmat Rakyat DUN Pelabuhan Klang pada 28 Mei 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Penerima, P Saradha, 65, yang kini menumpang di rumah anaknya di Telok Panglima Garang, Banting berkata bantuan itu akan digunakan untuk menampung perbelanjaan membaiki rumahnya yang musnah dalam kebakaran terbabit.

Dalam kejadian 24 Februari lalu, enam rumah di Pangsapuri Taman Kem terbakar dan kediaman mengalami kerosakan teruk.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.