ad
AGENDA

Wanita warga asing, anak berdepan detik cemas kereta dihempap pokok

27 Mei 2025, 10:29 PM
Wanita warga asing, anak berdepan detik cemas kereta dihempap pokok

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Seorang wanita warga asing dan anak lelakinya menempuh detik cemas selepas kereta dinaiki dihempap pokok dalam kejadian kira-kira 6 petang tadi di Taman Puchong Perdana.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata dua beranak berusia 30-an dan dua tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian.

Beliau berkata bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.25 petang, yang memaklumkan terdapat pokok tumbang menghempap enam kenderaan di Taman Puchong Perdana, Puchong.

“Sebuah jentera dengan 11 anggota serta sebuah ambulans dari Balai Bomba dan Penyelamat Puchong dikerahkan ke lokasi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Md Razali berkata kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada keluarga, manakala kerja menebang dan mengalihkan pokok yang tumbang turut dilakukan.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.