ad
AGENDA

Asean capai matlamat hasil semangat perpaduan, kerjasama serantau

27 Mei 2025, 10:15 PM
Asean capai matlamat hasil semangat perpaduan, kerjasama serantau

KUALA LUMPUR, 27 MEI: Asean berjaya mencapai matlamat yang disasarkan bagi Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan sidang kemuncak berkaitan hasil daripada semangat perpaduan yang padu dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada semua pemimpin serantau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sepanjang sidang kemuncak itu berlangsung, kepengerusian Malaysia telah membolehkan perbincangan yang lebih mendalam dengan rakan luar Asean, khususnya Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan China.

Menurut beliau perbincangan dengan GCC terutamanya amat bermakna, kerana ia merupakan dialog konkrit pertama selepas pertemuan awal di Riyadh, Arab Saudi pada 2023.

“Pertemuan pertama di Riyadh lebih kepada formaliti untuk memperkenalkan program itu, tetapi kali ini, terdapat sesi dan perbincangan lebih tersusun yang menghasilkan kenyataan bersama sangat terperinci,” kata Anwar pada sidang media mengakhiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46, di sini, hari ini.

Mengenai dialog Asean dengan China, beliau berkata kehadiran Perdana Menteri China Li Qiang membolehkan kedua-dua pihak memberi tumpuan kepada bidang kerjasama tertentu.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.