ad
AGENSI

Unisel rasmi padang sintetik baharu tingkat kemudahan sukan kampus

25 Mei 2025, 4:00 AM
Unisel rasmi padang sintetik baharu tingkat kemudahan sukan kampus
Unisel rasmi padang sintetik baharu tingkat kemudahan sukan kampus
Unisel rasmi padang sintetik baharu tingkat kemudahan sukan kampus

BESTARI JAYA, 25 MEI: Universiti Selangor (Unisel) melakar pencapaian bermakna apabila merasmikan padang sintetik baharu di kampus Bestari Jaya sebagai usaha memperkasa kemudahan sukan dan rekreasi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden dan Naib Canselor Unisel Senator Prof. Emeritus Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman, semalam.

[caption id="attachment_702711" align="aligncenter" width="683"] Kemudahan serba moden lengkap dengan rumput tiruan berkualiti tinggi dan sistem saliran cekap. Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

Kemudahan serba moden itu lengkap dengan rumput tiruan berkualiti tinggi, sistem saliran cekap serta pencahayaan stadium, sekali gus membolehkan aktiviti sukan dijalankan pada waktu malam.

“Pembinaan padang ini bukan sahaja memenuhi keperluan pelajar, malah membuka ruang pembangunan bakat dalam kalangan anak muda, sekali gus mengangkat nama Unisel dalam arena sukan tanah air,” katanya ketika berucap.

Majlis turut dimeriahkan dengan perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pilihan NC dan pilihan ZA yang diketuai Dato’ Zainal Abidin Hassan selain persembahan kebudayaan oleh Kelab Citra Seni Unisel.

Turut hadir lagenda bola sepak negara termasuk Mahali Jasuli, Kalamullah Al-Hafiz (penjaga gol Selangor FC & Malaysia) serta Azfar Arif (penjaga gol Sri Pahang FC) sebagai tanda sokongan.

[caption id="attachment_702712" align="aligncenter" width="731"] Perlawanan persahabatan bola sepak antara pasukan pilihan NC dan pilihan ZA yang diketuai Dato’ Zainal Abidin Hassan. Foto Facebook Universiti Selangor[/caption]

Sementara itu, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti Unisel Dr Hamdan Dato' Mohammad Salleh merangkap Presiden Unisel FC berkata, kemudahan itu selari dengan visi Unisel sebagai institusi yang menekankan keseimbangan akademik dan sahsiah pelajar.

Turut hadir Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan Unisel Ikwaniata Taib, kakitangan, para pelajar serta komuniti setempat.

Pembinaan padang sintetik ini dijangka memberi impak positif dalam mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan warga kampus serta menjadikan Unisel sebagai hab sukan pendidikan tinggi di negeri ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.