AGENDA

Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 6 petang

20 Mei 2025, 7:02 AM
Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 6 petang
Amaran hujan lebat di Selangor, KL hingga 6 petang

SHAH ALAM, 20 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir melanda Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 6 petang.

Amaran sama dikeluarkan di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

[caption id="attachment_702001" align="aligncenter" width="655"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]