AGENSI

Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

20 Mei 2025, 5:10 AM
Seluruh Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 20 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat disertai ribut petir akan melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga jam 4 petang ini.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di lima negeri lain iaitu Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Johor serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.