ad
AGENDA

Ugut penguat kuasa DBKL isu peniaga belon, seorang lelaki didakwa esok

18 Mei 2025, 9:35 AM
Ugut penguat kuasa DBKL isu peniaga belon, seorang lelaki didakwa esok

KUALA LUMPUR, 18 MEI: Seorang lelaki yang mengugut anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui media sosial susulan insiden membabitkan seorang peniaga belon Mac lepas, akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata pertuduhan akan dikemukakan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

"Kes ini melibatkan ugutan yang dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook terhadap pihak penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat "PPR Bestari" di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan berlaku kekecohan di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) di sini pada 28 Mac lepas apabila serbuan DBKL terhadap peniaga tanpa lesen bertukar menjadi pergaduhan.

Berikutan itu, polis menerima tiga laporan termasuk daripada seorang pegawai DBKL berhubung penyebaran gambarnya menerusi Facebook yang disertai dengan kenyataan berunsur ancaman.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.