SHAH ALAM, 18 MEI: Kuntuman ros kepada pasangan ibu dan anak serta 1,000 t-shirt percuma menanti peserta Larian Kasih Ibu di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang 31 Mei ini.
Wanita Berdaya Selangor (WBS) menerusi Facebook memaklumkan acara larian sejauh tiga kilometer (km) sempena Karnival Ceria Selangor itu dibuka sehingga Selasa ini.
Menurut agensi itu, penyertaan adalah percuma dan pendaftaran boleh dibuat menerusi imbasan kod QR pada poster atau pautan https://forms.gle/xU67Nr66L8jJ9VBq6
Antara pengisian program Karnival Ceria Selangor adalah pertandingan mencipta wau untuk kanak-kanak, pemberian beg sekolah percuma, teater menentang keganasan gender serta cabutan bertuah.
Karnival Ceria Selangor dianjur bagi mendidik dan menyedia inisiatif bermanfaat menerusi pelbagai aktiviti menarik kepada setiap lapisan masyarakat.