AGENDA

Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi

17 Mei 2025, 2:05 PM
Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi
Amaran hujan lebat di Sabak Bernam, Kuala Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam dan Kuala Selangor hingga 1 pagi.

Amaran hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku di seluruh Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_701611" align="aligncenter" width="620"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]