AGENDA

Amaran hujan lebat di Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

17 Mei 2025, 7:45 AM
Amaran hujan lebat di Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam
Amaran hujan lebat di Gombak, Hulu Langat hingga 7 malam

SHAH ALAM, 17 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor hingga 7 malam.

Amaran hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku melibatkan beberapa daerah di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_701515" align="aligncenter" width="647"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]