SHAH ALAM, 14 MEI: Hujan lebat diramal melanda daerah Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat
hingga 9 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda Kuala lumpur dan seluruh Perlis, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka selain beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Johor, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


