AGENSI

Program buru ikan bandaraya diteruskan Jun, lebih banyak sungai disasar

15 Mei 2025, 9:30 AM
Program buru ikan bandaraya diteruskan Jun, lebih banyak sungai disasar
Program buru ikan bandaraya diteruskan Jun, lebih banyak sungai disasar
Program buru ikan bandaraya diteruskan Jun, lebih banyak sungai disasar
Program buru ikan bandaraya diteruskan Jun, lebih banyak sungai disasar

SHAH ALAM, 15 MEI: Program tangkapan ikan bandaraya (pleco) yang menawarkan insentif RM1 bagi setiap kilogram dijangka diteruskan Jun ini, kata pengarah Jabatan Perikanan Selangor.

Noraisyah Abu Bakar berkata lokasi dan ketetapan program mengawal populasi ikan asing yang mengancam ekosistem sungai di Selangor akan diumum selepas mesyuarat hujung bulan ini.

[caption id="attachment_701208" align="aligncenter" width="746"] Pengarah Perikanan Selangor Noraisyah Abu Bakar ditemui pada program Pemuliharaan Ekosistem Perikanan Selangor di Sungai Buloh Kampung Melayu Sungai Buloh, Shah Alam pada 15 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

“Sebelum ini kita buat di Denai Sungai Kebangsaan@Sungai Langat. Tahun ini akan perluas di sungai-sungai yang memang sudah banyak dirosakkan ekosistemnya oleh ikan bandaraya.

“Kita akan tengok sungai mana yang senang diakses, tidak membahayakan keselamatan pemburu ikan dan memberi dampak paling tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Pemuliharaan Ekosistem Perikanan Selangor di Sungai Buloh, Kampung Melayu Sungai Buloh hari ini.

Program itu berjaya mendaratkan kira-kira 1.1 tan ikan bandaraya, hasil kerjasama 30 pelajar dan kakitangan Universiti Teknologi MARA (UiTM), Skuad Pemburu Ikan Asing serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Melayu Subang.

[caption id="attachment_701191" align="aligncenter" width="772"] Sesi tangkapan ikan bandaraya menerusi program Pemuliharaan Ekosistem Perikanan Selangor di Sungai Buloh Kampung Melayu Sungai Buloh, Shah Alam pada 15 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Noraisyah turut memaklumkan, pelepasan benih ikan dan udang akan diteruskan di beberapa sungai terpilih bagi memulihkan semula ekosistem air tawar.

“Keberadaan ikan ini dalam ekosistem tidak memberi keuntungan kepada masyarakat, malah ia tidak memberi sumbangan yang besar kepada sumber ekonomi kita.

“Apabila ia ada dalam sungai, ikan asli atau tempatan kurang di situ yang menjadi satu kerugian untuk kita terutama nelayan darat,” jelasnya.

Tahun lalu, insentif tangkapan ikan bandaraya diumumkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebagai langkah mengurangkan spesies perosak itu yang turut dikenal pasti antara punca runtuhan tebing dan kerosakan ban sungai.

[caption id="attachment_701207" align="aligncenter" width="922"] Pengarah Perikanan Selangor Noraisyah Abu Bakar bersama peserta program Pemuliharaan Ekosistem Perikanan Selangor di Sungai Buloh Kampung Melayu Sungai Buloh, Shah Alam pada 15 Mei 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]