AGENDA

Projek Myra Tenuman di Alam Impian tawar kediaman eksklusif, mesra keluarga

15 Mei 2025, 4:19 AM
Projek Myra Tenuman di Alam Impian tawar kediaman eksklusif, mesra keluarga

SHAH ALAM, 15 MEI: Myra, jenama kediaman di bawah Oriental Interest Bhd (OIB) melancarkan projek perbandaran baharu seluas 70 ekar di Alam Impian, dengan unjuran nilai pembangunan kasar (GDV) mencecah RM1 bilion.

Kediaman Myra Tenuman bakal menjadi perbandaran bersepadu yang menggabungkan rumah bertanah premium, pangsapuri servis, zon komersial berorientasikan komuniti serta ruang awam berkonsep reka tempat.

Pelan induk projek itu turut menitikberatkan elemen hijau dengan jaringan koridor semula jadi, taman poket dan ruang awam bagi mewujudkan suasana mesra keluarga merentasi generasi.

"Tawaran rumah bertanah pertama dalam perbandaran ini akan diumumkan di bawah koleksi Halaman, yang terdiri daripada 54 rumah berkembar dan 16 banglo, dengan anggaran GDV sebanyak RM165.5 juta.

"Semua unit berstatus pegangan bebas dan mempunyai hak milik individu, memberikan jaminan pemilikan jangka panjang serta fleksibiliti untuk pengubahsuaian di masa hadapan.

"Untuk menjadikan pemilikan rumah lebih mudah diakses dan disesuaikan, Myra telah bekerjasama dengan Kumpulan Perbankan RHB (RHB) untuk memperkenalkan pakej Pembiayaan Rumah & Pengubahsuaian, menandakan kerjasama pertama RHB seumpama ini dengan pemaju hartanah," maklumnya.