SHAH ALAM, 14 MEI: Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan harian pada harga rendah menerusi program Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berlangsung di lima tempat esok, bermula jam 10 pagi.
Program kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berlangsung di lokasi berikut:

Antara barangan asas yang ditawarkan termasuk ayam (RM12 seekor), ikan (RM6 sekilogram), daging (RM10 sekilogram), beras 5kg (RM13), telur sepapan (RM10), minyak masak 2kg (RM10).
Barangan lain adalah bihun, tepung, sardin, sabun dan lampin pakai buang bayi.
Program ini bertujuan membantu meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dalam menghadapi kos sara hidup yang meningkat.
Orang ramai dinasihatkan untuk membawa kad pengenalan bagi tujuan pendaftaran dan pengesahan di lokasi Jualan Rahmah Madani.
Maklumat lanjut serta jadual penuh jualan boleh diperoleh menerusi pautan https://linktr.ee/myPKPS.








