AGENSI

Klang, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

14 Mei 2025, 12:19 AM
Klang, Gombak antara empat daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi

SHAH ALAM, 14 MEI: Hujan lebat diramal melanda daerah Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat hingga 10 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut meramalkan cuaca sama melanda beberapa daerah di Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.