ad
AGENDA

Malaysia mara ke suku akhir regu sepak takraw Piala Asia 2025

13 Mei 2025, 1:37 PM
Malaysia mara ke suku akhir regu sepak takraw Piala Asia 2025

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Malaysia mengesahkan slot ke suku akhir acara regu Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 selepas menewaskan Singapura hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini, Malaysia yang diwakili Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam) bermula baik apabila menang set pertama 15-9.

Momentum itu kemudiannya diteruskan pada set kedua oleh anak buah Ahmad Mohd Zain apabila menang 15-6 untuk meraih kemenangan kedua Kumpulan D.

Terdahulu pada aksi yang berlangsung di sebelah petang Malaysia berjaya mengatasi Nepal 15-6, 15-6.

“Untuk dua aksi hari ini saya rasa pemain masih belum persembahkan kemampuan sebenar mereka.

“Mungkin selepas ini kita akan post mortem untuk tengok apa lagi yang perlu ditambah baik oleh skuad regu kita untuk perlawanan esok,” kata Ahmad ketika ditemui selepas perlawanan menentang Singapura

Malaysia bakal melengkapkan perlawanan peringkat Kumpulan D bertemu Filipina esok bagi menentukan kedudukan juara dan naib juara kumpulan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.