ad
AGENDA

Monsun Barat Daya: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka

13 Mei 2025, 8:28 AM
Monsun Barat Daya: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka
Monsun Barat Daya: Guna air secara berhemah, elak pembakaran terbuka

SHAH ALAM, 13 MEI: Monsun Barat Daya bermula 10 Mei dan dijangka berterusan sehingga September ini dengan taburan hujan rendah di kebanyakan kawasan seluruh negara.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca panas dan kering sepanjang tempoh tersebut boleh meningkatkan risiko berlakunya fenomena jerebu jika aktiviti pembakaran terbuka tidak terkawal.

“Orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan pembakaran terbuka dan menggunakan air secara berhemah,” menurut agensi itu di Facebook.

Monsun Barat Daya merupakan fasa cuaca kering sering dikaitkan dengan penurunan taburan hujan yang ketara khususnya di kawasan pantai barat Semenanjung serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca dan media sosial rasmi jabatan berkenaan.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.