SHAH ALAM, 12 MEI: Amaran hujan lebat serta ribut petir dikeluarkan melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 7 malam.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca sama melanda Kuala Lumpur, Perlis dan Kedah selain beberapa daerah di Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_700685" align="aligncenter" width="632"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


