AGENDA

60 individu terima rawatan percuma di Hospital Mata Tun Hussein

11 Mei 2025, 4:00 AM
60 individu terima rawatan percuma di Hospital Mata Tun Hussein

OLEH MUHAMMAD HAZIQ ROSHIDI

PETALING JAYA, 11 MEI: Seramai 60 individu menerima rawatan mata percuma di Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn (THONEH) sempena Karnival Katarak yang berlangsung semalam dan hari ini.

Pegawai Eksekutif THONEH Dato’ Michael Goh berkata inisiatif itu dilaksanakan bagi membantu pesakit  yang kurang mampu dari segi fizikal atau kewangan mendapatkan rawatan mata di klinik atau hospital.

“Kami bekerjasama dengan tiga hospital bagi mengenal pasti pesakit yang memerlukan rawatan dan mereka akan dirawat di Hospital THONEH sepanjang dua hari program ini.

"Tiga hospital yang terlibat dalam kerjasama itu ialah Hospital Ampang, Hospital Sultan Idris Shah dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah,” katanya selepas majlis pelancaran karnival berkenaan semalam.

Karnival Katarak berlangsung di THONEH selama dua hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, turut menyediakan pemeriksaan mata percuma kepada orang ramai sepanjang program berlangsung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.