AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah Selangor hingga 1 pagi

10 Mei 2025, 2:09 PM
Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah Selangor hingga 1 pagi
Amaran hujan lebat di KL, tujuh daerah Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 10 MEI: Tujuh daerah di negeri ini iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang diramal hujan lebat hingga 1 pagi.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka melanda Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_700458" align="aligncenter" width="650"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.