ad
AGENSI

Latihan bahasa, pembangunan peribadi bakal ubah masa depan anak fakir miskin

10 Mei 2025, 4:00 AM
Latihan bahasa, pembangunan peribadi bakal ubah masa depan anak fakir miskin
Latihan bahasa, pembangunan peribadi bakal ubah masa depan anak fakir miskin

SHAH ALAM, 10 MEI: Latihan enam bulan merangkumi pelbagai kursus termasuk kemahiran berbahasa Inggeris dan pembangunan peribadi bakal mengubah masa depan 16 anak fakir miskin.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata ia susulan mereka yang berusia 18 hingga 30 tahun itu menerima Sijil Professional Perkhidmatan Hospitaliti selepas menyertai kursus terbabit.

Agensi memaklumkan menerusi program Latih dan Kerja, anak yatim berkenaan mendapat pendedahan awal pengendalian hospitaliti dan latihan praktikal sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.

“Setinggi-tinggi tahniah kami ucapkan kepada 16 asnaf fakir miskin kerana berjaya memperolehi Sijil Professional Perkhidmatan Hospitaliti pada 29 April.

“Asnaf terpilih mengikuti program enam bulan merangkumi kursus unit operasi pejabat hadapan, operasi, restoran, dapur, pengemasan, bahasa Inggeris untuk komunikasi berkesan, pembangunan peribadi dan lain-lain,” katanya di Facebook.

Jelas agensi itu, setakat ini program yang mendapat tajaan penuh Khazanah Nasional Berhad dan UOA Academy membantu lima asnaf mendapat pekerjaan.

“Insya-Allah, 11 lagi asnaf akan menyusul. UOA akan bantu usaha pencarian kerja di syarikat yang turut bekerjsama dalam program ini,” katanya.

[caption id="attachment_700347" align="aligncenter" width="1093"] 16 anak fakir miskin menerima Sijil Professional Perkhidmatan Hospitaliti ketika Majlis Konvokesyen UOA Akademi 2025 pada 29 April 2025. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.