AGENSI

Klang, Petaling antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 2 petang

8 Mei 2025, 4:14 AM
Klang, Petaling antara tujuh daerah diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 8 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang setakat 2 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda Putrajaya dan seluruh Pulau Pinang selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.