ad
AGENDA

Kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan, berisiko maut jika tidak dirawat

7 Mei 2025, 2:35 PM
Kanak-kanak Gaza kekurangan zat makanan, berisiko maut jika tidak dirawat

GENEVA, 7 MEI: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan angka membimbangkan berhubung penyebaran masalah kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

Sejak awal tahun ini, hampir 10,000 kanak-kanak telah dikesan mengalami kekurangan zat makanan yang teruk, termasuk kira-kira 1,400 yang memerlukan rawatan serta-merta akibat tahap kekurangan zat makanan yang kritikal.

Menurut laman sesawang rasmi WHO, kanak-kanak yang mencapai tahap kekurangan zat makanan serius tanpa rawatan berisiko tinggi untuk meninggal dunia.

Meskipun terdapat tiga pusat rawatan disediakan, bilangan kanak-kanak yang mendapat rawatan adalah lebih rendah daripada jangkaan, kebiasaannya disebabkan kesukaran akses atau perpindahan berulang. Keadaan ini menyebabkan satu daripada lima kanak-kanak tidak dapat melengkapkan rawatan.

WHO turut menyuarakan kebimbangan serius terhadap penularan cirit-birit berair akut yang boleh mengancam nyawa, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang sudah menderita akibat kekurangan zat makanan, berikutan kemerosotan infrastruktur bekalan air dan sanitasi di wilayah itu.

-- BERNAMA-WAFA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.