AGENSI

Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang

7 Mei 2025, 8:15 AM
Hulu Selangor, Gombak diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 7 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor dan Gombak setakat 6 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.