ad
BERITA UTAMA

Lebih 300 pengusaha mohon geran khas, Selangor mahu semua pusat jagaan berdaftar

7 Mei 2025, 2:00 AM
Lebih 300 pengusaha mohon geran khas, Selangor mahu semua pusat jagaan berdaftar

SHAH ALAM, 7 MEI: Kerajaan Negeri menyasarkan semua pusat penjagaan berdaftar secara sah dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi pengenalan geran khas pusat jagaan sejak Januari lalu.

EXCO kebajikan masyarakat berkata sehingga kini seramai 330 pengusaha pusat jagaan termasuk taska, pusat jagaan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) memohon geran khas maksimum RM5,000.

“Setakat ini ada beberapa permohonan operator penjagaan sudah diluluskan dan ada juga yang belum lulus disebabkan dokumen yang tidak lengkap.

“Kita mengalu-alukan untuk permohonan dan geran ini diperkenalkan bagi memastikan golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas, dan OKU mendapat penjagaan yang berkualiti serta selamat,” kata Anfaal Saari kepada Media Selangor.

Pada November tahun lalu, Anfaal memaklumkan pentadbiran negeri memperkenal geran khas kepada pusat jagaan yang tidak berdaftar bagi galakan kepada pemilik buat pendaftaran dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dengan peruntukan RM400,000, Anfaal memberitahu inisiatif Kerajaan Negeri itu sebahagian usaha memastikan semua taska berdaftar sekali gus mematuhi undang-undang.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.