ad
AGENDA

Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

6 Mei 2025, 1:10 PM
Suami isteri maut motosikal dirempuh kereta

IPOH, 6 MEI: Sepasang suami isteri maut selepas motosikal mereka dirempuh kereta di KM64 Jalan Ipoh-Taiping, dekat Kuala Kangsar pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berkaitan kemalangan melibatkan pasangan warga emas berusia 68 dan 65 tahun itu pada 10.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati motosikal dari arah Taiping ke Kuala Kangsar itu telah dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan.

"Suami isteri itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu dan penumpang kereta tidak mengalami kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pemandu kereta iaitu lelaki berusia 51 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Heisham meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nadiah Radenan menerusi talian 017-5491475 atau 05-7762222 untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.