AGENDA

Enam daerah di Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

5 Mei 2025, 2:21 AM
Enam daerah di Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari
Enam daerah di Selangor, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Putrajaya hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang).

Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan Johor (Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak membabitkan Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu).

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.