AGENDA

Remaja lelaki ditemukan lemas di lombong terbiar

4 Mei 2025, 12:30 PM
Remaja lelaki ditemukan lemas di lombong terbiar

IPOH, 4 MEI: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas di sebuah lombong terbiar di Taman Palma 4, Kamunting dekat Taiping, petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.23 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Remaja berusia 14 tahun itu kali terakhir dilihat tenggelam di dalam lombong terbiar pada jarak 4.5 meter dari tebing sewaktu bermain bersama rakan-rakannya.

"Mangsa yang ditemui lemas disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut serta operasi mencari dan menyelamat tamat kira-kira 30 minit kemudian.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.