AGENSI

JER Shah Alam 2 petang esok, dapatkan barangan dapur murah

4 Mei 2025, 11:30 AM
JER Shah Alam 2 petang esok, dapatkan barangan dapur murah
JER Shah Alam 2 petang esok, dapatkan barangan dapur murah

SHAH ALAM, 4 MEI: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di JKR Selangor, Seksyen 17, di sini mempunyai sedikit kelainan apabila diadakan jam 2 hingga 5 petang esok.

Bagaimanapun empat lokasi lain masih kekal 10 pagi yang mana orang ramai berpeluang membeli ayam seekor (RM12), daging pejal (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak dua kg (RM10) dan beras lima kg (RM13).

Inisiatif jualan murah itu turut menawarkan produk baharu iaitu tepung (RM2), sardin (RM5.50), bihun (RM2.50), biskut jagung (RM3), sabun cuci baju (RM16.00) dan lampin bayi pakai buang (RM12).

Berikut lokasi JER pada Isnin:

 

Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM30 juta bagi pelaksanaan JER. Pentadbiran negeri turut menyasarkan pembukaan 10 premis Ehsan Mart menjelang akhir tahun ini. Cawangan pasar raya tersebut telah beroperasi di Sungai Tua, Pandan Indah dan bakal dibuka di Hulu Kelang.

Pasar raya kendalian PKPS itu menawarkan barangan asas pada harga 10 hingga 15 peratus lebih rendah daripada pasaran. Ehsan Mart yang diwujudkan sebagai penambahbaikan program JER turut menyasarkan pembukaan di 56 kawasan DUN menjelang 2027.

Selain itu, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.