AGENSI

Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor hingga 9 malam

1 Mei 2025, 11:00 AM
Hujan lebat diramal landa Hulu Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM,1 MEI: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Hulu Selangor hingga 6 petang.

Cuaca hujan disertai ribut petir turut dijangka melanda beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sarawak.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.