ad
AGENDA

Pekerja swasta rugi RM3.1 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud

30 Apr 2025, 1:00 PM
Pekerja swasta rugi RM3.1 juta ditipu pelaburan saham tidak wujud

SEREMBAN, 30 APRIL: Pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.

“Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Disember tahun lalu.

“Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Hatta berkata mangsa membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.

Mangsa membuat laporan polis pada 17 April lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.