AGENDA

Gombak antara lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

30 Apr 2025, 9:11 AM
Gombak antara lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam
Gombak antara lima daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 8 malam

SHAH ALAM, 30 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 8 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir dijangka melanda Perlis, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_699129" align="aligncenter" width="662"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]