AGENDA

Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 9 malam

29 Apr 2025, 10:46 AM
Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 9 malam
Amaran hujan lebat di KL, lima daerah di Selangor hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 9 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir dijangka melanda Kuala Lumpur, Putrajaya dan Perlis selain beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.