AGENSI

Central Spectrum bangun projek rumah, rancak ekonomi sekitar Pelabuhan Klang

28 Apr 2025, 1:00 PM
Central Spectrum bangun projek rumah, rancak ekonomi sekitar Pelabuhan Klang
Central Spectrum bangun projek rumah, rancak ekonomi sekitar Pelabuhan Klang

KLANG, 28 APRIL: Kawasan Pulau Indah, di sini bakal dibangunkan dengan satu lagi projek perumahan baharu sekali gus menyokong ekosistem ekonomi sekitar terutama Pelabuhan Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd Mohd Zapi Abdullah berkata teres dua tingkat yang dijangka siap pertengahan 2027 itu akan memudahkan pekerja sekitar kawasan berkenaan mendapatkan kediaman.

“Projek yang bakal dilancar Julai ini akan menjadi mercu baharu Pulau Indah. Sasaran kita kepada pelanggan yang mahukan kedamaian memandangkan faktor geografi kawasan ini menarik.

[caption id="attachment_698807" align="alignleft" width="401"] Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd Mohd Zapi Abdullah bercakap kepada Media Selangor ketika ketika majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Central Spectrum (M) Sdn Bhd di galeri jualan Central Spectrum, Klang pada 28 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Lokasi strategik berhampiran Selat Lumut iaitu pemisah antara Pulau Indah dan Pulau Carey. Dekat dengan Laguna Park yang sesuai untuk lakukan aktiviti rekreasi bersama keluarga.

“Persekitaran sangat menarik dan cantik. Boleh lihat matahahari terbenam dan rumah jauh dari kesibukan kota,” katanya kepada Media Selangor.

Beliau berkata rumah yang dijual pada harga sekitar RM500,000 itu memiliki empat bilik tidur serta tiga bilik air.

“Untuk fasa pertama, kita akan bina 166 unit dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun selepas dilancarkan. Jumlah unit akan bertambah secara berperingkat.

“Kita mahu promosikan lagi Pulau Indah. Sekarang kawasan ini mempunyai banyak rangkaian perhubungan antaranya Lebuh Raya Kesas dan SKVE. Akan datang jaln yang menghubungkan Pulau Indah dan Pulau Carey,” katanya.