ad
AGENSI

Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu

26 Apr 2025, 2:46 AM
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu
Projek inisiatif usahawan tani bantu tingkat pendapatan keluarga, perluas ilmu

Oleh: Dewi Abdul Rahman

PETALING JAYA, 26 APRIL: Program Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR)@ PJ City Food Valley mengubah kehidupan peserta khususnya golongan B40.

Peluang menyertai program itu juga bukan saja menambah pendapatan tetapi meluaskan lagi ilmu peserta khususnya dalam bidang pertanian.

Peserta Rosnah Bidin, 64, berkata sejak menyertai INTAN tahun lalu kehidupannya sekeluarga bertambah baik terutama dalam membantu perbelanjaan hariannya.

[caption id="attachment_698429" align="alignleft" width="500"] Rosnah Bidin, 64, ditemui Media Selangor di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Seronok bila tanaman mengeluarkan hasil malah saya nak ajak orang lain turut serta.

“Ini usaha yang sangat baik untuk membantu golongan B40, selain memberikan peluang kepada mereka yang mencari kerja atau memerlukan pendapatan tambahan,” katanya ditemui di kebun projek di Pelangi Damansara.

Rosnah berkata mereka menerima elaun RM2,100 sebulan dan ia meringankan beban kewangannya sekeluarga.

Peserta lain S Patmanagam, 56, menyifatkan program itu berkesan membantu masyarakat berpendapatan rendah dan berharap ia diteruskan pada masa akan datang.

“Saya sangat menghargai usaha kerajaan memberi peluang kepada kami melakukan aktiviti pertanian seperti ini, saya berharap program ini diteruskan untuk membantu golongan B40.

[caption id="attachment_698430" align="alignright" width="514"] S Patmanagam, 56, ditemui Media Selangor di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Anak muda juga perlu menanam minat dalam bidang pertanian, kerana ia merupakan cara yang baik untuk menambah pendapatan. Belum cuba, belum tahu,” katanya.

Sementara itu Pengurus Operasi SelAgro Solutions Sdn Bhd Muhammad Mujib Mohd Nordin berkata, tanaman menerusi teknologi fertigasi berasaskan Internet untuk Segalanya (IoT) berjaya menuai 10 tan timun hanya dalam tempoh lima hari.

Beliau berkata melalui penanaman sayuran itu juga hasil hingga RM55,000 dapat dijana dalam tempoh 45 hari.

Katanya, sistem fertigasi pintar dilengkapi teknologi IoT digunakan sepenuhnya dalam pengurusan baja dan air untuk meningkatkan keberkesanan tanaman.

Ogos lalu, Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengumumkan kerajaan memperuntukkan RM100 juta tahun ini untuk pelaksanaan projek INTAN-IPR secara permintaan untuk cadangan (RFP) oleh syarikat swasta terpilih.

Ia bertujuan meningkatkan keberkesanan pembasmian kemiskinan, menambah pendapatan rakyat, menambah kemampanan bekalan makanan dan membantu usaha mengawal harga makanan di pasaran.

[caption id="attachment_698432" align="aligncenter" width="1132"] Peserta mengumpul hasil tuaian timun sebelum proses penggredan ketika ditemui di projek fertigasi timun di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) sebelum penghantaran jualan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698357" align="aligncenter" width="1269"] Rosnah Bidin, 64, menunjukkan timun yang dipetik menerusi projek fertigasi timun di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) sebelum penghantaran jualan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698355" align="aligncenter" width="1474"] Peserta mengumpul hasil tuaian sebelum proses penggredan menerusi projek fertigasi timun di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) sebelum penghantaran jualan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_698431" align="aligncenter" width="1245"] Pemilihan timun mengikut katagori gred A, B, C dalam projek fertigasi timun di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) sebelum penghantaran jualan di Pelangi Damansara, Petaling Jaya pada 25 April 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.