ad
AGENDA

Harga RON97, RON95, diesel tidak berubah hingga 30 April

23 Apr 2025, 3:00 PM
Harga RON97, RON95, diesel tidak berubah hingga 30 April

KUALA LUMPUR, 23 APRIL: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 dan RM2.05 seliter dari 24 hingga 30 April ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan malam ini memaklumkan harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga tidak berubah, iaitu RM2.88 seliter manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada harga RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Kenyataan itu menjelaskan harga ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan bagi produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak global dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara," menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.