ad
AGENSI

51.7 juta sertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dalam tempoh 10 tahun

23 Apr 2025, 10:30 AM
51.7 juta sertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dalam tempoh 10 tahun
51.7 juta sertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dalam tempoh 10 tahun
51.7 juta sertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dalam tempoh 10 tahun
51.7 juta sertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit dalam tempoh 10 tahun

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lebih 51.7 juta pembaca dari seluruh negara menyertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit sejak ia mula diperkenalkan pada 2014.

Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) berkata kempen yang dimulakan Kerajaan Selangor kini semakin mendapat tempat dan diterima pelbagai pihak.

[caption id="attachment_698080" align="aligncenter" width="771"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhammad bercakap kepada media pada Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 "Nikmati Saat Ini" di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 23 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Untuk kempen pada tahun ini, kita sudah susun pelbagai acara sejak 19 April lalu. Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dan Dato’ Menteri Besar yang tidak mahu sesiapa pun ketinggalan dalam pendidikan.

“Selangor sudah mulakan pada 2010. Sesuatu kerja itu perlu dimulakan secara berpasukan. Seorang ketua yang baik membentuk lebih ramai pemimpin dan membina pasukan,” kata Datin Paduka Mastura Muhamad.

Beliau ditemui pada Karnival Jom Baca Bersama 10 Minit peringkat Selangor sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia di Pustaka Raja Tun Uda di sini, hari ini.

[caption id="attachment_698084" align="aligncenter" width="810"] Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Datin Paduka Mastura Muhammad (tengah) bergambar dengan peserta kempen Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 "Nikmati Saat Ini" di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 23 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Mastura menyeru syarikat penerbit buku tempatan supaya lebih menghargai karya penulis dengan menyediakan bayaran royalti setimpal seperti yang diamalkan sebelum ini.

Jelasnya, inisiatif itu dapat membantu penulis tempatan menghasilkan karya yang lebih berkualiti sekali gus industri buku tidak lagi mengharapkan naskhah luar negara.

“Saya baru tahu penulis sekarang hanya dapat 'advance royalti'. Saya simpati kepada penulis. Saya mohon pada semua penerbit buku, kita bangun dan lebih hargai penulis supaya mereka lebih berkarya.

“Kita perlukan penulis tempatan kerana tidak boleh harapkan naskhah luar negara yang ada pengaruh negatif. Sudah tiba masanya kita naikkan penulis kita, ilustrasi, pereka grafik, penulis skrip dan semuanya,” katanya.

[caption id="attachment_698081" align="aligncenter" width="765"] Antara pelajar dari pelbagai sekolah yang menyertai kempen Jom Baca Bersama 10 Minit 2025 "Nikmati Saat Ini" di Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam pada 23 April 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.