AGENSI

Tengku Permaisuri dekati penghuni Penjara Wanita Kajang, beri sokongan moral

23 Apr 2025, 9:41 AM

Oleh Muhamad Rey Hazriell

HULU LANGAT, 24 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin hari ini berkenan melawat Penjara Wanita Kajang, di sini.

Keberangkatan tiba Baginda kira-kira jam 10 pagi tadi disambut Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) Datin Seri Masdiana Muhammad.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkenan menyampaikan cenderamata kepada banduan ketika Lawatan Ilmiah Ke Penjara Wanita Kajang, Hulu Langat pada 23 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dalam lawatan berkenaan, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin menyampaikan sumbangan kelengkapan bayi, susu dan lampin pakai buang untuk kegunaan kanak-kanak taska di penjara berkenaan.

Selain itu, Baginda turut berkenan melawat bengkel kemahiran termasuk jahitan, sulaman, pembuatan pastri dan kek serta penyediaan makanan sejuk beku.

Baginda kemudiannya mencemar duli mempamerkan bakat Baginda dengan menyertai aktiviti mencanting batik ketika melawat ke bengkel batik penjara.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkenan melawat bengkel jahitan ketika Lawatan Ilmiah Ke Penjara Wanita Kajang, Hulu Langat pada 23 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sebelum berangkat pulang, Baginda meluangkan masa menyaksikan persembahan peragaan pakaian batik daripada prospek Penjara Wanita Kajang.

Lawatan khas Tengku Permaisuri Selangor ke Penjara Wanita Kajang merupakan anjuran Pekawanis bersama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP).

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkenan melawat mencuba mencanting batik ketika Lawatan Ilmiah Ke Penjara Wanita Kajang, Hulu Langat pada 23 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Penganjurannya bertujuan memberi pendedahan mengenai sistem keadilan jenayah yang melibatkan prospek wanita, pengurusan penjara serta program pemulihan yang dijalankan.

Selain itu, program berkenaan juga dirangka khusus untuk memberikan sokongan moral kepada penghuni penjara.

DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin diiringi Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad berkenan melawat bengkel jahitan ketika Lawatan Ilmiah Ke Penjara Wanita Kajang, Hulu Langat pada 23 April 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Kategoriagensi

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.