ad
AGENDA

Sultan Selangor berangkat ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan

22 Apr 2025, 4:17 AM
Sultan Selangor berangkat ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan
Sultan Selangor berangkat ziarah pusara Tun Abdullah di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR, 22 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke Makam Pahlawan di Masjid Negara hari ini bagi menziarahi pusara bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Orang Besar Istana dan kerabat diraja Selangor.

[caption id="attachment_697882" align="aligncenter" width="815"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan menziarahi pusara bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 22 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sultan Sharafuddin turut menyiram air mawar serta menabur bunga pada pusara negarawan itu seusai majlis tahlil dan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir .

Hadir sama, anak Allahyarham iaitu Tan Sri Kamaluddin Abdullah, Nori Abdullah serta menantunya yang juga bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

[caption id="attachment_697884" align="aligncenter" width="808"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Norashikin Abdul Rahman berkenan menziarahi pusara bekas Perdana Menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 22 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda kemudiannya turut berkenan menziarahi pusara bekas Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein.

Tun Abdullah meninggal dunia pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur pada 14 April lepas.

Tun Abdullah merupakan perdana menteri kelima apabila dilantik pada 31 Oktober 2003 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan beliau.

[caption id="attachment_697883" align="aligncenter" width="810"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyiram air mawar ketika menziarahi pusara bekas Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein di Makam Pahlawan, Masjid Negara pada 22 April 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, Sultan Sharafuddin menerusi Facebook Selangor Royal Office menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah sebagai seorang negarawan yang berdedikasi dan sentiasa tenang.

Atas sumbangan jasa dan bakti, Allahyarham Tun Abdullah dikurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) pada 1992 dan Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) pada 2000 oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

 

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.