ad
AGENDA

PRK Ayer Kuning: Pengundian awal pagi ini libat 500 anggota polis, pasangan

22 Apr 2025, 12:55 AM
PRK Ayer Kuning: Pengundian awal pagi ini libat 500 anggota polis, pasangan

TAPAH, 22 APRIL: Dua pusat pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dibuka serentak pada 8 pagi ini.

Dua pusat pengundian itu ialah Dewan Rekreasi Pegawai Kanan Batalion 3, Pasukan Gerak Am (PGA) Bidor dan Dewan Anggerik, Kompleks Perumahan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini.

Proses pengundian awal di tiga saluran itu melibatkan 500 anggota polis dan pasangan mereka.

Pusat pengundian awal di Batalion 3 PGA dibuka hingga 5 petang manakala di IPD Tapah ditutup pada 12 tengah hari.

PRK DUN Ayer Kuning menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, pada 22 Feb lepas.

-- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.