AGENDA

Klang antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

20 Apr 2025, 2:21 AM
Klang antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari
Klang antara empat daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 20 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat hingga 12 tengah hari.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran hujan lebat disertai ribut petir juga dijangka berlaku di Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau dan Tampin) serta Melaka (Alor Gajah dan Melaka Tengah).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.